Wednesday 7 July 2010

Unit 8, TMK Enjin Carian

Ada banyak gambar yang boleh didapati melalui Internet.  Untuk cari dan pamerkan gambar yang dikehendaki, anda perlu tahu alamat Internet gambar tersebut.  Anda boleh membuat carian gambar melalui Internet menggunakan enjin carian.  Untuk mencari gambar melalui Internet, ikut langkah berikut.

1.  Pamerkan perisian pelayar web, misalnya Microsoft Internet Explorer.
2.  Taipkan alamat enjin carian, misalnya images.google.com ke dalam Medan Address
3.  Kemudian tekan Enter.
3.  Laman enjin carian dipamerkan.  Taipkan nama imej yang anda ingin paparkan ke dalam Medan Search.  Anda boleh gunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.  Laman ini dilengkapi dengan penterjemah dalaman yang boleh memahami kata kunci dalam Bahasa Melayu.
4.  Klik Search Images.

Laman Google Images

5.  Gambar yang sepadan dengan nama gambar yang anda taip dipamerkan dalam bentuk thumbnail.  Klik pada thumbnail yang anda ingin pamerkan.

Google Images mempamerkan thumbnail yang sepadan dengan nama gambar yang anda taip.

6.  Gambar yang dipilih dipamerkan.

1 comment:

  1. 1. komen kepada penulis:
    Sila jadikan persembahan lebih menarik dengan warna dan saiz fon yang pelbagai dan penerangan bagi satu-satu url yang lebih jelas kepada pengguna.

    2. Komen kepada editor:
    Pastikan semua maklumat adalah tepat dan semua pembetulan setelah selesai sebelum NC dicetak.

    ReplyDelete

Ulasan (komen) dibenarkan buat sementara hanya untuk terima komen dari pihak penilai (Puan Normala). Komen akan didisable apabila sessi penyuntingan selesai. TQ