Wednesday 14 July 2010

Comment

Buat masa ini, borang comment diaktifkan supaya kami dapat terima ulasan dari pihak penilai.  Sila gunakan borang Comment di bawah posting untuk memberikan pendapat.  Comment akan dibuang dan borang akan didisable apabila bahan yang dipamerkan telah mantap.  Terima kasih.

Monday 12 July 2010

Pautan Buku Teks

Unit 3 muka surat 25
lagu Lagu Gerak Binatang

Unit 5 muka surat 38

Unit 6 muka surat 59/Buku aktiviti ms 38
Bahan ini sesuai dicetak untuk aktiviti murid.
http://www.tlsbooks.com/beginningsciencesenses.pdf

Unit 8 muka surat 72
1.  Rancangan pengajaran yang sesuai untuk rujukan guru.  Aktiviti untuk murid teroka deria sentuh.
http://www.lessonplanspage.com/ScienceLAExploringSenseOfTouch1.htm

2.  Terdapat senarai aktiviti yang berkait dengan 5 deria.  Pilih pautan yang berkait dengan deria sentuh.  Pautan ini sesuai digunakan oleh guru sebagai bahan rujukan untuk P&P.
http://www.cln.org/themes/touch.html

3.  Aktiviti pengayaan yang sesuai dijalankan oleh murid dan rakannya.  Aktiviti perlu dipantau oleh guru.
http://experimentopia.org/?/experiment/testing_your_sense_of_touch/

Unit 9 muka surat 77-79
http://kidshealth.org/classroom/prekto2/body/functions/hearing.pdf
Muat turun rakaman bunyi
bunyi 1 bunyi 1 (bunyi air paip)
bunyi 2 bunyi 2 (bunyi pintu ditutup)
bunyi 3 bunyi 3 (mengoyak kertas)
bunyi 4 bunyi 4 (buku jatuh ke lantai)
bunyi 5 bunyi 5 (bunyi gitar dipetik)
bunyi 6 bunyi 6 (bunyi kanak-kanak tepuk tangan)
bunyi 7 bunyi 7 (bunyi mesin pengisar (blender))
bunyi 8 bunyi 8 (orang menumbuk sambal menggunakan alu dan lesung)
bunyi 9 bunyi 9 (kipas angin)
bunyi 10 bunyi 10 (bunyi televisyen)

Unit 10 muka surat 81-86
1.  Beberapa contoh rancangan pengajaran untuk rujukan guru yang boleh dijadikan bahan untuk P&P.
http://kidshealth.org/classroom/prekto2/body/functions/senses.pdf

2.  Bahan yang sesuai dicetak untuk aktiviti pelajar.
http://www.nps.gov/blca/forteachers/upload/senses.pdf

Unit 11 muka surat 91
Aktiviti untuk pelajar.
http://www.bbc.co.uk/schools/digger/5_7entry/8.shtml

Lagu tentang warna

Sunday 11 July 2010

Unit 4, TMK Pemproses Kata

Pemproses Kata atau Perisian Pemprosesan Perkataan adalah program komputer yang digunakan untuk menghasilkan dokumen teks dan grafik yang boleh diformat.  Microsoft Word, AbiWord, KingSoft Writer dan OpenOffice.org Writer adalah contoh pemproses kata yang sering digunakan.

Unit 4 TMK Pemproses Kata (Word Versi Terdahulu)
Unit 4 TMK Pemproses Kata (Word Versi 2007)

Saturday 10 July 2010

Unit 5, TMK Perisian Grafik

Perisian grafik adalah program komputer yang digunakan untuk melukis.  Antara program yang sering digunakan ialah Microsoft Paint, Adobe Illustrator dan Coreldraw.  Program yang sesuai digunakan untuk murid Tahun 1 ialah Microsoft Paint kerana ia ringkas dan sedia dibekalkan dalam komputer yang menggunakan persekitaran Windows.

Unit 5 TMK Perisian Grafik (Dari Windows Versi Terdahulu)
Unit 5 TMK Perisian Grafik (Dari Windows Versi 7)

Friday 9 July 2010

Unit 6, TMK Perisian Persembahan

Perisian persembahan adalah program yang digunakan untuk menghasilkan dan memainkan persembahan.  Persembahan biasanya terdiri dari satu siri paparan skrin yang dikenali sebagai slide.  Perisian persembahan yang sering digunakan ialah Microsoft PowerPoint, Kingsoft Presentations dan OpenOffice.org Impress.

Thursday 8 July 2010

Unit 6, Aktiviti Reka Bentuk, Penyaman Udara

Anda boleh buat sendiri penyaman udara menggunakan buah oren dan bunga cengkih. Ia sesuai diletakkan di atas meja supaya bilik berbau nyaman.


Bahan:

Sebiji buah oren.

Segenggam bunga cengkih.
bahan-bahan
Langkah-langkah:


1.  Cucuk bunga cengkih ke kulit buah oren.

2.  Penuhkan bunga cengkih pada kulit oren.

Cucuk bunga cengkih pada kulit limau. 

Penyaman udara yang telah siap. 

Cadangan:
Anda boleh hiaskan penyaman udara dengan mencucuk dalam bentuk yang menarik. Anda juga boleh gantikan buah oren dengan buah lemon atau limau nipis.



Wednesday 7 July 2010

Unit 8, TMK Enjin Carian

Ada banyak gambar yang boleh didapati melalui Internet.  Untuk cari dan pamerkan gambar yang dikehendaki, anda perlu tahu alamat Internet gambar tersebut.  Anda boleh membuat carian gambar melalui Internet menggunakan enjin carian.  Untuk mencari gambar melalui Internet, ikut langkah berikut.

1.  Pamerkan perisian pelayar web, misalnya Microsoft Internet Explorer.
2.  Taipkan alamat enjin carian, misalnya images.google.com ke dalam Medan Address
3.  Kemudian tekan Enter.
3.  Laman enjin carian dipamerkan.  Taipkan nama imej yang anda ingin paparkan ke dalam Medan Search.  Anda boleh gunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.  Laman ini dilengkapi dengan penterjemah dalaman yang boleh memahami kata kunci dalam Bahasa Melayu.
4.  Klik Search Images.

Laman Google Images

5.  Gambar yang sepadan dengan nama gambar yang anda taip dipamerkan dalam bentuk thumbnail.  Klik pada thumbnail yang anda ingin pamerkan.

Google Images mempamerkan thumbnail yang sepadan dengan nama gambar yang anda taip.

6.  Gambar yang dipilih dipamerkan.